PERHATIAN

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman blog saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.

Tuesday, December 16, 2014

9 Manfaat Utama Lecithin Shaklee

Assalamualaikum.

Entri sebelum ni saya pernah ceritakan tentang kehadiran choline di dalam Lecithin Shaklee.Kehadiran choline tersebut berfungsi untuk menghasilkan acethylcholine neurotransmitter yang membantu proses penghantaran mesej/impuls ke otak sekaligus membantu meningkatkan daya ingatan seseorang individu.

Orait..untuk tahu lebih lanjut fungsi choline tersebut,boleh rujuk di entri ini.

Baiklah..hari ini saya ingin kongsikan pula dengan anda 9 Manfaat Utama Lecithin Shaklee.



1) Membantu penyerapan vitamin larut lemak A,D,E dan K.

2)Melindungi organ hati dengan cara menghalang mendapan lemak yang berlebihan.Jadi..sesiapa yang sayang hati tu..taknak ada lemak degil termendap kat situ..sangat la sesuai ambil Lecithin ni.

3)Membantu membersihkan salur darah dengan fungsi memecahkan lemak dan kolesterol serta mengemulsikan lemak.


Lecithin Shaklee bertindak sebagai pengemulsi lemak.

4)Berfungsi menghalang obesiti sekaligus membantu proses pelangsingan badan

5)Membantu mencantikkan otot dan kulit (membentuk membran sel,melembap serta menghaluskan kulit)

6)Menghalang pembentukan batu karang..hal ini kerana 90% punca batu karang adalah disebabkan KOLESTEROL.


Pelbagai jenis batu karang yang terdapat dalam badan manusia.

7)Meningkatkan daya ingatan dan mengurangkan tekanan.

8)Menghalang tekanan darah tinggi.

9)Mengurangkan sembelit di mana Lecithin Shaklee bertindak sebagai pelembut najis.Ia melembapkan usus dan meleraikan toksin dalam usus.

SIAPA YANG BOLEH MENGAMBIL LECITHIN SHAKLEE?


Berminat untuk memiliki botol Lecithin anda?Jangan segan untuk hubungi saya. :)
Harga: RM 52.50 (180 biji)

Salam <3
Puan Masz

Monday, December 15, 2014

Resepi Home Made Twisties

Assalamualaikum.

Hari ni rasa nak makan sesuatu yg rangup dan pedas.Teringatkan laksa kering yg beli aritu tak bukak lg..maka jalankan lah projek TWisties Home Made arini.
Lebih selamat dari bahan2 perisa campuran dan MsG.(hidup sihat kan.hehe)
Ok...kita tengok apa bahan2 yg diperlukan.

Cak..Twisties...makanan feveret sejak kecik..sehingga kini..hehe..tapi hari ni kita cuba buat kat rumah je okey. :)

Bahan-bahan
-Sepeket laksa segera (saya guna separuh je)
-serbuk kari 5 sudu (saya guna satu plastik kecik tu)
-4 sudu nestum
-garam secukup rasa
-serbuk cili (saya tak masukkan sebab bg saya rempah kari dh pedas..sape yg suka spicy extreme blh la tambah ye)

Cara-cara
-basuh laksa td..tos air sampai betul2 kering
-dah kering..gorengkan
-blend semua bahan2 di atas td kecuali laksa (jangan blend laksa pulak.hehe)
**BLEND KERING TAU..JANGAN TAMBAH AIR**
-dah siap goreng laksa..masukkan dlm bekas..tuangkan bahan yg blend tadi..goncangkan sampai semua laksa td tersalut bahan2 yg di blend tu.
-siap..mudahkan? :-)


Okey..ini hasilnya...sekejap je buat ni..pastikan masa tos tu betul2 kering tau..kalau tak..ms goreng dia akan melekat...rajin2 la pisahkan nanti. :)

Sekian..resepi mudah utk hari ni sbg santapan petang2 waktu hujan.
Selamat Mencuba. :)

Salam <3
Puan Masz

Sunday, December 14, 2014

Basic H2 Shaklee Pembersih Organik Semula Jadi yang Selamat

Assalamualaikum.

Sebut Shaklee...semua pastinya terbayangkan produk-produk untuk sihat dan cantik.Tapi sebenarnya, Shaklee juga ada set untuk keperluan rumah.Bukan perabot ye..tapi ianya berkaitan dengan sesuatu yg sangat diperlukan di rumah dan mempunyai 1001 kebaikan dan kegunaan.

TAHUKAH ANDA
===============
Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

LARUTAN PENCUCI ORGANIK BASIC H SHAKLEE
=========================================
Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.


Antara kelebihan Basic H2 Shaklee.Ternyata selamat.
:)

SESUAI UNTUK BERSIHKAN SEMUA KOTORAN
========================================
  • Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan
  • Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah
  • Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
  • Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan

CARA PENGGUNAAN UNTUK KESAN MEMUASKAN
=============================================
Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

Periuk, besen dan pinggan mangkuk
Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air

Tingkap dan cermin
Campurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

Lantai
Campurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air

Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi
Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam


Harga: RM 46.00
(16Oz)

Berminat untuk memiliki pencuci organik yang selamat dari Shaklee ni?Jangan segan untuk hubungi saya.InshaAllah saya akan membantu anda. :)

COD:  Pahang (Maran, Sri Jaya, Temerloh)
            Selangor (Kajang, Putrajaya)
            Kelantan (Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Tanah Merah)
        
POS LAJU: Seluruh Malaysia

Salam <3
Puan Masz

Friday, December 12, 2014

Satay Penyebab Kanser..Bagaimana Mengatasinya

Assalamualaikum.

SATAY PENYEBAB KANSER.Dah lama dah tahu...tapi tak amik kisah...teruk betul kan.
Jadi..mari kita lihat bagaimana satay menyebabkan kanser dan cara untuk mengurangkan risiko terhadapnya.



Sebarang daging seperti ayam, lembu, kambing, ikan dan juga kerang yang dibakar sehingga kehitaman akan menghasilkan sejenis bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser. Bahagian hitam yang hangus itulah yang menjadi sumber bahan kimia tersebut. Setelah dimakan, ia akan meresap ke dalam sel badan, merosakkan DNA di dalam sel nukleus dan boleh membawa kepada kanser.
Apabila protein pada daging atau kerang dimasak sehingga hangus kehitaman, sejenis kimia iaitu heterocyclic amines (HCA) terbentuk. Bukan sahaja kaedah memanggang; menggoreng juga boleh menyebabkan daging menghasilkan HCA. HCA boleh merosakkan DNA pada sel dan menyebabkan kanser kolon.
Selain itu, lemak dan minyak yang terhasil daripada daging yang dipanggang akan jatuh ke dalam arang dan menghasilkan api yang tinggi meluap. Tindak balas ini akan menyebabkan Polycyclic aromatic hydrocarbons (PAHs) terbentuk – sejenis bahan karsinogen yang turut menyebabkan kanser. Asap yang dihasilkan daripada api yang meluap mengandungi PAHs dan akan menyelaputi makanan yang dipanggang. PAHs turut terdapat pada kehangusan yang terbentuk di atas daging selepas dipanggang. Risiko kanser perut akan meningkat sekiranya terdedah dengan PAHs.
Jadi..bagaimana untuk kurangkan risiko hal ini?
  • Perap daging/kerang dengan lebih lama akan mengurangkan HCA dan PCAs yang terhasil
  • Pastikan anda sapu minyak pada grill untuk mengelakkan daging melekat dan hangus
  • Pastikan grill sentiasa bersih dan buang segala sisa hangus dan arang untuk mengelakkan bahan kimia yang terdapat padanya tidak berpindah kepada makanan baru yang hendak dimasak
  • Potong daging nipis dan kecil agar ia cepat masak supaya kurang terdedah dengan asap berbahaya
  • Buang segala lemak yang terdapat pada daging sebelum memanggang untuk mengurangkan minyak yang menghasilkan api yang meluap
  • Jangan panggang bersentuhan dengan arang, pastikan jarak grill dengan arang tidak terlalu dekat untuk mengelakkan banyak kehitaman terbentuk
  • Terus pindahkan daging yang telah masak dari grill supaya tidak terdedah lama dengan arang
  • Makan lebih banyak sayur dan buah (contohnya timun) sebagai antioksida yang melawan kanser
**sayur atau buah yang dibakar seperti jagung bakar tidak akan menghasilkan bahan kimia yang menyebabkan kanser. Oleh itu, pangganglah jagung, tempeh, brokoli dan sayur lain yang semestinya lebih berkhasiat!

Kredit kepada blog Keluargabaru untuk info menarik ini. :)

Apa pun..apa kata kita amalkan suplemen yang antikanser untuk mengurangkan risiko ini.
Suplemen apa?Yang mana?

Sustained Released Vitamin C Shaklee adalah suplemen yg bertindak antikanser.
Jom..miliki botol antikanser anda hari ini.
Harga RM 92.50 (180 biji)
Untuk setengah tahun.
[DAPATKAN HARGA AHLI YANG LEBIH MURAH]
:)

Kesimpulannya...walau apa pun yg kita mahu makan..fikirkan tentang kesannya..boleh nak makan..tapi biarlah berpada-pada.Jangan kerana makanan sedap..kita mengundang penyakit pula. :)

Salam <3
Puan Masz
013-4640064





Lecithin Shaklee Meningkatkan Daya Ingatan

Assalamualaikum.

LECITHIN SHAKLEE adalah salah satu komponen dalam set kurus Shaklee.Tapi selain berfungsi untuk mengemulsikan lemak..ramai yang belum tahu bahawa LECITHIN SHAKLEE juga berfungi untuk menajamkan fikiran dan menguatkan memori ingatan seseorang.

Jadi...adakah LECITHIN SHAKLEE sesuai untuk PELAJAR?
Jawapannya...YA..LECITHIN SHAKLEE MEMANG SESUAI UNTUK PELAJAR dan ianya merupakan salah satu produk juga di dalam set minda pelajar Shaklee.

Apa yang menyebabkan Lecithin Shaklee ni boleh membantu meningkatkan tahap memori individu?

Lecithin Shaklee mengandungi CHOLINE di mana ianya diperlukan untuk menghasilkan ACETYLCHOLINE iaitu bahan yang diperlukan dalam pembelajaran,memori,fungsi otot serta peredaran hormon yang sihat.ACETYLCHOLINE membantu sel saraf untuk menghantar isyarat dengan baik sekaligus membantu meningkatkan daya ingatan yang lemah.



Ini adalah struktur kimia bagi sebatian Choline.Ok...rindu zaman belajar kimia dulu kala?Meh hubungi saya..saya boleh ajarkan..ini mmg subjek saya sejak 3 tahun lalu. (Tapi choline level matrik n uni...spm takde lg sebatian ni..hehe)


Antara contoh makanan yang mengandungi CHOLINE adalah:
  • Telur
  • Ikan
  • Daging
  • LECITHIN SOYA
  • Brokoli
  • Udang
  • Asparagus
  • Kobis bunga
  • Sawi

Gambar di atas menunjukkan bagaimana acetylcholine neurotrasmitter menghantar impulse/isyarat kepada reseptor.Semakin banyak acetylcholine dihasilkan..semakin cepat isyarat diterima dan dihantar ke otak.Bahasa mudahnya..semakin cepat seseorang individu tersebut belajar dan menghafal sesuatu perkara.Sangat sesuai untuk pelajar kan....kita yg dah tak bergelar pelajar pun okey ambil LECITHIN SHAKLEE ni..untuk apa?Ye la...tuntutan belajar tu kan sampai ke akhir hayat..ye tak?
:)


Ini dia LECITHIN SHAKLEE yang diperbuat dari soya lecithin..memang kaya choline ni..harganya cukup murah RM52.50 (180 biji).
:)

Jika anda berminat untuk memiliki botol LECITHIN SHAKLEE anda..jangan segan2 untuk hubungi saya.Saya akan sertakan dengan jadual makan suplemen dan beberapa tips hebat eksklusif untuk pelanggan-pelanggan kami sahaja.

Jangan tunggu lagi.
:)

Salam <3
Puan Masz
013-4640064




Thursday, December 11, 2014

Tentang TTCians (Trying To Conceive Person)

Assalamualaikum.

Salam Jumaat penuh barakah.Bangun pagi td..terus je on mp3 Al-Quran..apo lagi kalau bukan Al-Kahfi dan Yaasin.Bagi bergema satu rumah.Alhamdulillah..kami mmg selalu buat mcm tu...cuba la..tenang je rasa. :)

Hari ni saya nak ulas sedikit tentang golongan TTC (Trying To Conceive) iaitu golongan yg dipilih Allah utk diuji kesabaran dalam menunggu kehadiran zuriat.

Dan saya dan suami adalah antara golongan yg dipilih Allah ini.

image

Alhamdulillah..kami sudah berumah tangga hampir 2tahun 3 bulan..pelbagai cara kami usaha utk memiliki cahay mata.Pergi jumpa pakar sudah...cara kampung pun sudah.Nanti saya buat entri khas apa yg berlaku bila jmp doktor pakar.

Bukan lah tak sedih saat diasak soalan BILA NAK DAPAT ANAK.Tapi saya sgt bersyukur mempunyai suami yg sgt memahami..bahkan dia dan saya saling memberi kekuatan kepada satu sama lain.

Pernah ke satu masa..saya menangis sendiri dan hadir dalam hati rasa benci dan tak suka tgk wanita mengandung...TTCians..saya rasa anda faham apa yg saya rasa..menjauhkan diri dr org ramai adalah perkara terbaik.Betul tak?

image

Tapi...sebenarnya tindakan itu merugikan dan sedikit pun tak bawa apa2 faedah.

Jadi TTCians...sesiapa yg masih menangisi nasib diri...saya nasihatkan..hentikan segala perbuatan negatif tersebut.Pandang ke depan dan fikirkan sesuatu yg indah.

Kami berdua cuba mengisi masa berdua yg Allah bg ni sebaik mungkin.inshaAllah.

USAHA?

Ye...kami berdua masih sdg berusaha dgn produk Shaklee.Saya syukur kerana dgn GLA Complex Shaklee period cycle saya dah teratur.Doakan ada rezeki kami ye....dan TTCIans..saya ingatkan...jangan sesekali stress.Sebab stress tu adalah satu faktor besar yg mmpengaruhi kesuburan.

Saya rasa...cukup dulu setakat ni saya ulas tntg TTCIans.

Kami golongan yg diuji Allah tentang sabar dalam menunggu impian.Tapi kami harap insan2 di luar sana faham yg kami juga punya hati dan perasaan .Sama-sama kita saling menghormati dan jaga hati..sama-sama kita hidup aman tanpa terguris luka di hati. :)

Ohhh..ada yg mahu stabilkan period cycle dgn Shaklee?Jom hubungi saya.Jangan segan-segan.

Salam <3
Puan Masz

Wednesday, December 10, 2014

Stick Pembunuh

Assalamualaikum.

MEROKOK...fenomena yang tak asing lagi di kalangan masyarakat kita terutama kaum lelaki.Tapi tak kurang juga kaum wanita pun ada...baru semalam saya sendiri lihat seorang wanita Melayu dengan selamba menghembus asap rokok di kedai makan.Mak aiii...hebat kau Jah.

image

Tanda amaran merokok di kotak rokok kemain menggerunkan.Tapi ramai je yg tetap setia dengan killer stick ni.Kenapa agaknya ye...tak geli ke..tak takot ke..tak seram ke..tak risau ke...

image

Memang pilihan sama ada untuk berhenti merokok ni terletak di tangan perokok itu sendiri.Segalanya pada mereka...TAPI..perokok perlu ingat..selain diri sendiri yg dapat kesan negatif dr batang tembakau tu....fikirkan juga tentang org lain yg menjadi mangsa sebagai second smoker.

Menjadi second smoker lebih bahaya dari first smoker.Second smoker tiada filter...direct asap tu masuk ke peparu.

Perokok2 sekalian..anda tak perasan ke second smoker tu biasanya siapa..selalunya org terdekat dgn anda kan..anak2..isteri..tak syg mereka ke?

image

Tadaaaa...ce tengok perbezaan paru2 smoker dengan non-smoker.
Mahu ke paru2 yg hitam berlegam mcm tu???

image

Saya ingin kongsikan sesuatu untuk membantu anda meninggalkan tabiat merugikan ini.VIVIX SHAKLEE inshaAllah boleh membantu anda untuk meninggalkan ketagihan merokok.Cuba baca testimoni ini.
:)

Saya harap isteri2 yg sayangkan suami dan anak2 anda serta keluarga anda...ambil la langkah awal mencegah tabiat merokok ni.Sayang la...daripada elok sihat takde penyakit...kita yg pegi jemput penyakit dtg..buat apa?Ye tak?

Salam <3
Puan Masz