Dua hari diuji Allah dengan sentuhan kasih sayang..Dia kirimkan rasa sakit mungkin sebagai jalan untuk gugurkan dosa2 kecil yang terpalit..Dia tarik sedikit nikmat selera makan mungkin sebagai peringatan supaya saya sedar bahawa sedang kita makan yang enak2..ada di sana saudara seagama kita sedang menahan lapar menanggung derita tiada makan.Alhamdulillah..saya terima segala ujian Allah ini dan saya mengandaikannya sebagai sentuhan sayang belaian kasih dari yang Esa.
Dua hari tidak puas bernafas.
Saya bukan penghidap asthma.Asalnya tonsil saya membengkak.Saya mula rasa tidak selesa ketika di sekolah (hari Selasa).Saya jaga pelajar2 exam ketika itu..dan saya hampir terlelap dengan keadaan badan yang sangat tidak selesa.Sakit kepala pun menjengah masa tu..sampai saya nampak pemandangan sekeliling berbalam-balam.
Saya tanya kepada pelajar-pelajar kelas berkenaan sama ada sesiapa yg ada membawa minyak angin,saya nak mintak sedikit. (see..sangat terdesak bukan??)Dan mujur ada sorang pelajar ni bawak minyak angin.Saya pakai minyak tu kt leher..sapu kt dahi..sebab rs mcm nak pitam pun ada..rasa lenguh letih satu badan..taktau kenapa.Ada sorang pelajar di bahagian belakang ni tanya saya..."Cikgu...cikgu sakit ke?cikgu demam ke?"..dan mcm biasa la..cikgu kan macam ibu..pandai 'membohong'.Sambil senyum..saya cakap..takde lah..saya ok je. :)
Akhirnya tiba juga waktu yg dinantikan.Waktu balik sekolah.Sesampai je di rumah...tanpa tukar baju.saya terus menuju tilam.Apa lagi...pengsannn...ZZzzzz....
Sedar-sedar..dah asar.Astaghfirullah..zohor saya dah terbabas.Saya gagahkan diri bangun,mandi dan sembahyang.Dan...bermulalah saatnya saya menggunakan RUKHSAH SOLAT yg kita belajar selama ni di sekolah dan tentunya diajar oleh tok guru saya sendiri iaitu Abah.
Ada beberapa perbezaan rukhsah solat ketika sakit dan bermusafir.Perhatikan gambar di bawah. :)





















