PERHATIAN

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman blog saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.

Monday, January 18, 2016

#MisiPindahMelaka2016SelesaiAlhamdulillah

Assalamualaikum semua.
.
Saya sudah dapat bertukar sekolah ke negeri Melaka.Syukur Alhamdulillah.Sudah tamat tempoh duka lara.Sudah tamat episod cinta jarak jauh tanpa keluarga di sisi.
.
Siapa sangka permohonan kali ke empat yang pada mulanya gagal akhirnya membuahkan hasil.Surprise dari Allah memang terbaik.Saya dan suami dah set minda..andai kata belum rezeki duduk dekat..kita mesti tabah harungi apa sahaja.Tup tup..Allah bagi keputusan dapat tukar.
.
Semalaman saya tak dapat melelapkan mata.Rupanya suami pun sama di sana.Mana taknya..memang kami tak percaya..semua ni terlalu mengejut.Kami pulak baru je mengemas rumah di TMJ..mujur la saya belum unpacked semua barang lagi.Ini pun dah rasa betapa penatnya pindah..dan lagi sekali kami mesti pindah.Tapi takpe,,perpindahan kali ni adalah perpindahan yang penuh kegembiraan dan kesyukuran.
.
Terlalu banyak perkara yang mahu dicoret tentang perasaan ketika dapat faks semalam.Rasa terawang-awangan..rasa sebak..gembira dan terharu bercampur baur,Allah tunjuk kuasaNya..awal 2016 ni terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan buat kami suami isteri.Memang perkara2 dan peristiwa2 sebegini membuka hati kami..supaya belajar sesuatu dari ujian Allah.
.
Kami belajar erti setia..sabar..kuat..tabah..percaya satu sama lain..redha dengan takdir Allah..yakin akan doa itu senjata mukmin..tidak bersangka buruk pada Allah.
Saat kami berlapang dada menerima ujian..Allah hadirkan pelangi indah tanpa disangka-sangka.Syukur Alhamdulillah.
.
Banyak yang mahu dicoret..nanti saya cari kesempatan.
Coretan ini sebagai perkongsian sahaja..bila saya scroll blog #kedaisuplemenmedina nanti..saya tersenyum membaca tulisan dari hati saya sendiri..inshaAllah :)

.
Got to go...nanti saya kongsikan bagaimana menghadapi perhubungan jarak jauh yg mencabar.Semoga ia bermanfaat buat rakan2 yang masih pjj.Saya doakan rezeki kalian pula selepas ni.Aamiin.

-Mastura.
:)