PERHATIAN

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman blog saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.

Wednesday, January 8, 2014

Kelebihan Susu Ibu

Assalamualaikum.

Alangkah indah menjadi seorang ibu..lebih indah bila kita mampu menyusukan anak-anak kita sehingga semaksimum waktunya.Tapi ramai ibu-ibu hari ini tidak mengambil berat dan tidak kisah tentang kepentingan susu ibu kepada bayi. Malah yang lebih menyedihkan..ada antara ibu-ibu ini memang sengaja tidak mahu menyusu anak-anak mereka.Kenapa dan mengapa hanya mereka sendiri punya jawapannya.
Tapi pada saya..alangkah ruginya jika kita menolak untuk menyusukan anak2 kita sendiri secara eksklusif.
Saya sebenarnya menyimpan angan...apabila "rezeki" kami tiba nanti..inshaAllah..saya akan menyusukan anak2 saya secara eksklusif dgn susu ibu.

Panjang pulak muqaddimahnya.. :)



Apa kebaikan susu ibu ni???Jom kita lihat.

  • Mengurangkan kematian akibat cirit birit. Kematian bayi yang diberi susu ibu adalah 7 kali lebih rendah daripada bayi yang diberi susu formula.
  • Mengelakkan bayi dari kekurangan zat besi.
  • Menghindarkan jangkitan penyakit perut pada bayi.
  • Merangsang prtumbuhan bayi yang stabil.
  • Sebagai perancang keluarga untuk mejarakkan kehamilan.
  • Membantu menurunkan berat badan ibu.
  • Mengurangkan risiko barah payudara dan barah ovari pada ibu.
  • Meningkatkan kecerdikan bayi pada 3-5 kali ganda lebih pintar berbanding dengan pemberian susu lain.
Sumbernya saya dapat di sini. :)

Jika nak dibandingkan susu ibu dengan susu formula pula...makkk aiii..memang banyak bezanya..antara maklumat yg saya dapat hasil daripada blogwalk ke blog ibu-ibu menyusu adalah..::

  • Protein : Mencukupi untuk perkembangan otak bayi. Ia mudah diserap dan dihadam. Protein susu lembu susah hadam dan boleh menyebabkan terganggunya perkembangan otak bayi.
  • Lemak : Sumber tenaga utama bagi bayi. KAndungan lemakberubah semasa penyusuan susu ibu. Enzim-enzim dalam susu ibu boleh meghadamkan lemak dengan mudah.
  • DHA : Membantu erkembangan otak bayi.
  • AA : Untuk penglihatan retina ( mata ).
  • Immunoglobulin : Untuk memudahkan penghadaman bayi dan menghindarkan bayi dari mendapat cirit birit.
  • Kolostrum : Sebagai daya pertahanan badan dari penyakit dan mencegah bayi anda mendapat penyakit kuning.
  • Faktor Bifidus : Merangsang pertmbuhan lactobacillus bifidus bagi memudahkan proses penghadaman bayi.
  • Lactoferin : Memudahkan penyerapan zat besi untuk pembentukan sel darah merah.
  • Vitamin dan Mineral : Untuk membantu petumbuhan dan perkembangan bayi mengikut pertumbuhan bayi anda.
  • Hormon dan Faktor pertumbuhan : Merangsang perut bayi untuk matang dengan lebih cepat.
Banyak kan puan-puan kebaikan susu ibu jika nak dibanding dengan susu formula ni.Jadi alangkah ruginya jika kita berkemampuan untuk menyusukan anak-anak kita tapi kita yg menidakkannya..Kenapa saya kata "jika kita berkemampuan"??Kerana..bukan semua ibu di dunia ini berpeluang utk menyusukan bayi2 mereka..Next entry..saya akan kongsikan bersama puan-puan bagaimana cara untuk meningkatkan penghasilan susu ibu.InshaAllah..saya akan kongsikan sumber makanan dan pelengkap nutrisi mana yg sesuai untuk membantu puan2 yang ingin menyusukan bayi2 kita secara eksklusif.


Sampai di sini dulu saya kongsikan kebaikan susu ibu dan hebatnya susu ibu berbanding susu formula.Kita jumpa lagi di entri seterusnya. :)

Sebarkan kebaikan.
Kongsikan kelebihan.

::Puan2..doakan saat utk saya melalui pengalaman indah ini tiba cepat ye.Buat masa sekarang..saya hanya mampu "mengagumi" kebaikan susu ibu melalui pembacaan dan perkongsian dengan rakan2 yg telah bergelar ibu.Namun saya tetap bersemangat dan menyokong 100% penyusuan susu ibu kepada bayi secara eksklusif.Susu ibu..anugerah Allah yang tidak ternilai buat wanita bergelar ibu untuk diberi kepada zuriat yg indah dari syurga. :)

Salam sayang,
Puan Mastura

No comments:

Post a Comment