PERHATIAN

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman blog saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.

Wednesday, January 8, 2014

Terapi Minda -baking-

Assalamualaikum.

Kehidupan tak pernah sunyi dari ujian.Ada ketika kita rasa gembira dan bahagia.Tapi ada juga ketika bila Allah campakkan rasa sunyi dalam hati..rasa kosong dalam jiwa.Semua itu untuk apa?
Sebenarnya semua itu adalah peluang dan ruang yang Allah beri supaya kita berkasih denganNya.InshaAllah..semoga kita menjadi hambaNya yg sentiasa berkasih denganNya dan tak pernah sesaat melupakanNya.Aamin.

Namun bukan tentang itu yang ingin saya kongsikan sekarang.Kali ini saya akan berkongsi dengan anda bagaimana anda "terapi" diri anda bila anda bosan..sedih dan stress.Lain orang lain cara.
Saya suka memasak apabila sedih..stress..yang paling saya suka adalah baking.Walaupun diri saya sendiri bukanlah cake lover..tapi saya suka mencuba utk membuat kek atau apa sahaja jenis makanan..dan BERI ORANG MAKAN.hehe..bila tgk orang makan hasil tangan kita..saya rasa puas dan gembira.Lebih-lebih lagi apabila kita masakkan untuk orang tersayang..Tak gitu puan2?:)

Entri ini saya akan kongsikan resipi KEK COKLAT KUKUS yang saya dapat dari buku resipi warisan arwah ibu saya.Saya buat kek ni hujung minggu lepas.Bila post di fb..ramai jgk yg bertanya resipi.Jadi saya abadikan resipi tersebut di sini untuk tatapan semua. :)

RESIPI KEK COKLAT KUKUS 

BAHAN A
1 cawan gula kastor
1 cawan serbuk coklat (tak kisah jenama apa pun)
1 cawan susu cair (nak ganti dengan fullcream milk Dutch Lady pun boleh)
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat

BAHAN B
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh bikarbonat soda
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh vanilla
3 biji telur

CARA-CARA

  1. Masakkan BAHAN A dengan api yang kecil dan biarkan sejuk.
  2. Pukul telur selama 5 minit sehingga kembang.
  3. Masukkan BAHAN A ke dalam telur yang telah kembang tadi.
  4. Masukkan vanilla dan campuran tepung gandum + bikarbonat soda + baking powder sedikit demi sedikit (ayak tepung tersebut terlebih dahulu bersama baking powder dan bikarbonat soda ye)
  5. Gaul rata adunan tadi
  6. Masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 1 jam 10 minit. Jangan buka penutup loyang selagi belum cukup 1 jam 10 minit ye.
Tips::
Bungkus loyang dengan plastik/aluminium foil untuk mengelakkan air dari penutup pengukus menitis ke dalam adunan kek tadi.
Nanti dah masak..buat topping ye.:)

Lupa..bagi resipi saje tanpa letak gambar sebagai sumber inspirasi tak best jugak kan.Hehe.
Ini hasil tangan saya pada hujung minggu lepas. :)


yang ni saya bahagi dua dengan suami..saya bawak g sekolah..dia pulak bawak balik kajang.. :)



yang ni pulak saya buat special untuk suami..Lovey Dovey gitu..tapi disebabkan kami ni berdua je..saya bahagi2kan la untuk kawan2 rapat di sekolah.Apa pun..baking memang terapi minda untuk saya. :)

Jadi puan2..selamat mencuba.
Good Night. :)

Salam sayang,
Puan Mastura

No comments:

Post a Comment