PERHATIAN

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman blog saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.

Monday, April 13, 2015

Mini Cameron di Genting Highland

Assalamualaikum.

Cabaran berblog 2x sehari.Takde sape cabar pun.Saya sendiri buat cabaran ni.hehehe.Tapi ni baru first entri untuk hari ini.Aduhaii..kene lebih konsisten lepas ni.

Entri kali ni kita santai2 saja.Saya bawa kepada anda kisah kami singgah di Mini Cameron di Genting Highlands Pahang.Kisahnya hampir dua minggu lalu.Baru sekarang nk kongsikan.Baru sekarang berpeluang katanya.hehe.

MINI CAMERON GENTING HIGHLAND.
================================

Kawasannya kecil sahaja.Saya dan suami mula perasan akan kewujudan Mini Cameron ni hujung tahun 2013..masa tu suami temankan saya tunjuk jalan ke Hotel Seri Malaysia Genting untuk Program Transformasi Minda (PTM) atau dulu dikenali sebagai induksi.Tapi ini kali pertama kami berdua singgah di sini.Dulu lalu je..tak singgah pun. :)

Balik dr Shah Alam selesai hadiri taklimat preview BestMobile (saya temankan suami)..kami singgah d sini.Bagaimana boleh terlalu di kawasan ni?Sebab kami ikut short cut dari Bukit Beruntung..naik melalui Batang Kali lalu genting.Lalu jalan tu lebih dekat.Tapi saya sarankan kepada semua pemandu wanita terutamanya,kalau nak lalu waktu malam..tak payah lah.Bahaya.

Okey..jom kita tengok apa je yg ada di Mini Cameron Genting ni.

                                       

Mini Cameron ada dua bahagian.Dulu takde..baru renovate rasanya ni.Ada Culture Village dan ladang sayur,bunga,strawberi.Di dalam Culture Village ada banyak info tempat-tempat menarik di Malaysia.Yang sempat kami snap ni adalah Taman Negara.Letaknya di Pahang,tapi 3 tahun kami menetap di Pahang (saya la yg menetap..suami kadang di Kajang..kadang di sini)..kami tak pernah sampai ke Taman Negara.

Orang kata best.Tapi saya pulak bila sebut Taman Negara..saya terbayangkan sesuatu yg menggerunkan..ular berbisa..huhhu..kalau dah penakut tu.Memang itu la perkara yg terlintas di fikirannya..Takde yg eloknya aihhh.. :)



Ada Legoland?hehe..ok la abang..pose je la kt sini.Nak g Legoland tak berkesempatan lagi..plus..kami rasa takde feel lagi nk ke taman tema seperti ini.Mungkin dh anak2 nanti kami pergi la kot.hehehe


Lukisan corak batik di Culture Village.Memang cantik2.Kita nak warna sendiri pun boleh Rm5- Rm6 satu petak. :)


Lagi pelbagai corak2 batik yang digantung di sekeliling kawasan Culture Village.


Orait..dah sudah pusing Culture Village..takde apa2 yg menarik dalam tu kecuali suami beliserbuk halia + sukrosa utk dia je.Kami teruskan berjalan ke ladang.Ada banyak salad..hijau mata memandang.Rasa nak ratah situ je..hehe.Semua segar-segar.

Saya sempat la beli KimCham dan keledek.Nak beli sayur banyak2 pun annti kene tinggal sorang jugak nanti.Sape nak makan?
:)


Cakk..tangan sape tu??:)
Kalau datang sini tak sah kalau tak cuba aiskrim ni.Seeedaapp aamaat.Boleh rasa isi strawberi dalam tu.So yummy lah.RM2 satu batang.


Okey..beli bang..beli.Jangan tak beli.Tapi jgn makan banyak sangat.Bahaya.Manis.
:)

Dah selesai pusing2..makan aiskrim..beli strawberi cokelat..(tak sempat snap gmbr ni sebab beli je terus ngap..gelojoh kan..hehe).Kami pun turun la meneruskan perjalanan balik ke Maran.Tak jauh pun Maran dengan Mini Cameron Genting ni..tak sampai 2 jam..memang dekat je. :)

Rasanya tu je la sharing pasal Mini Cameron Genting.Nanti kalau ada masa memang akan singgah lagi..singgah beli sayur..singgah makan aiskrim. :)

Salam sayang
Puan Mas
013-4640064
#shakleepahang









No comments:

Post a Comment