PERHATIAN

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman blog saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.

Friday, April 17, 2015

Resepi Telur Gulung @ Korean Rolled Egg Yang Mudah dan Ringkas

Assalamualaikum.

Malam ni saya ingin langsaikan "hutang" saya tentang Resepi Telur Gulung atau Korean Rolled Egg.
Mana saya dapat idea masakan ni?Malunya nak cakap..dari cerita korea lagi.haha..bukan apa.Saya tgk dalam rancangan korea nih..mcm sedap je dia makan..dan yg paling menarik hati,nampak sihat.Jadi..saya pun cuba la buat.

Baiklah tanpa membuang masa lagi mari kita tengok step by step nak buat Rolled Egg.

                                       

Ini hasil egg rolled yg dah siap.Kenyang lama nih makan ni.Tak payah makan nasik pun takpe.




Bahan 1: Telur 3 biji

Telur dipukul sehingga kembang.Jangan pukul pakai garfu mcm nak buat telur dadar tu.Pukul pakai pemukul telur.Tak payah pakai letrik hand mixer.Pakai yg manual je..exercise lengan.hehe.Pukul sampai kembang.

Kalau nak sedap..tambah garam sikit dan moyonis sikit utk bagi effect gebu.


Bahan 2: Daun bawang + Carrot (dipotong dadu) + Cili (optional) + Sosej (Optional)

Hiris semua bahan-bahan di atas.Masukkan ke dalam bancuhan telur tadi.


Panaskan magic pan.Saya guna sedikit buttercup.Nak suruh naik bau wangi.SIKIT je tau.Jangan melebih pulak.,

Bila magic pan dah panas..tuang separuh daripada bancuhan tadi.Separuh lagi simpan dulu.
Ratakan di atas magic pan.Bila telur dah mcm garing sedikit..mulakan menggulung.Tengok gambar di bawah.


Okey...gulung sampai hujung magic pan..kemudian masukkan lagi bancuhan selebihnya tadi.Pastikan bancuhan tersebut melekat dengan gulungan yang kita dah buat ni.Kemudian..ulang langkah yg sama.Gulung pulak gulungan tadi dengan lapisan telur yg baru kita masukkan ni.

Paham tak ni..hehe.Ayat  mcm berbelit je. :)

Jangan risau tentang bahagian atas telur yg nampak mcm tak garing..Kalau kita biarkan garing sgt bahagian atas tu..nt masa gulung ia tak melekat.


Ok..ni dah habis gulung..biarkan sekejap.Api tu jangan besau sangat ye.


Balik-balikkan sikit rolled egg tu.Tutup api...siap.
Alhamdulillah.

Potong rolled egg tu kecik-kecik.Hidangkan.Sedia untuk dimakan.


:)

TIPS SIHAT

Rolled egg ni kaya dengan protein (sumber dari telur).
Kalau mahu lebih sedap..masukkan banyak2 sayur.Tadi saya malas nak potong brokoli n kubis.Sebab tu masukkan carrot je.Jadikan rolled egg anda satu hidangan yang sihat.

Selamat mencuba!!!

Salam sayang
Puan Mas
013-4640064
#shakleepahang
#shakleeMaranGambangTemerloh
#shakleeKajang BangiPutrajaya




No comments:

Post a Comment