PERHATIAN

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman blog saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.

Saturday, March 14, 2015

Bagaimana Saya Mengawal Bengkak Tonsil Dengan Kaedah Sendiri

Assalamualaikum.

Sabtu pertama cuti sekolah penggal pertama sesi 2015.Kami masih di Maran Pahang.Belum berkesempatan pulang ke kampung kerana ada beberapa perkara lagi masih belum selesai.Tambahan pula keadaan kesihatan saya yang masih belum pulih sepenuhnya.

Hari ni dah masuk hari ke 5 saya mengalami bengkak tonsil + selesema + demam + sakit kepala dan letih lesu.Waktu untuk tidur malam adalah saat yang agak menyeksakan bagi saya 2,3 hari kebelakangan ni.Saya takleh panas..sebab jika saya berada dalam keadaan panas..tonsil saya akan membengkak dengan jayanya.Jadi..kami decide untuk tidur dalam aircond..TAPI pulak..jika terlalu sejuk..keadaan saya yg selesema dan hidung tersumbat membuatkan saya sukar untuk bernafas.

Alhamdulillah malam td saya berjaya tidur dengan sedikit lena berbanding malam2 sebelumnya.Sebelum lelap sempat bergurau dengan suami..kalau tidur saya malam ni adalah tidur untuk selama-lamanya..saya harap dia gembira selama dia jadi suami saya.Hehe..emosi kan..semuanya sebab rasa tak selesa bernafas..lagipun mana la tau kan itu malam terakhir saya..ajal maut kita tak tau bila dan di mana.

Saya tak perasan jam berapa malam td..suami kejutkan saya..terpinga-pinga saya dibuatnya.Saya tanya kenapa..dia jawab saya "berdengkur" kuat sangat..mungkin "dengkuran" saya menakutkan dia.Memang..bila tonsil kita membengkak..saluran pernafasan kita akan terkesan.Contohnya..apabila bernafas..nafas kita akan berbunyi lebih kuat berbanding biasa.Itu belum lagi keadaan semalam di mana saya meludah utk hilangkan rasa lega buang kahak..tp yg keluarnya darah.Ye..bila tonsil terlalu bengkak ia boleh menyebabkan luka. Lebih teruk lagi kesan bengkak tonsil ni adalah apabila nafas kita akan berbau dek kerana pembengkakan saluran pernafasan yang berlaku.

HARI KE-5 DAN BAGAIMANA KEADAAN SAYA HARI INI
================================================

Untuk hari ini..setakat jam ini..saya panjatkan syukur kepada Allah kerana beri saya tenaga dan nikmat sihat walaupun tekak dan batuk saya masih belum pulih sepenuhnya.:)

Saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang apa yg saya lakukan malam td sebelum tidur sehingga saya boleh tersenyum di saat ini walaupun masih dalam keadaan perit.Sebelum itu,saya taknak anda semua taksub dengan apa yg saya akan kongsikan ini.Sebab...segalanya berlaku atas kuasa Allah.

Saya bukan penggemar ubat klinik/hospital.
Baru je pagi tadi saya menangis bila suami paksa saya ke klinik sebab tak tahan tengok keadaan saya menahan sakit dada ketika batuk.Ye..saya memang takut klinik/hospital/ubat-ubatan.Huhuhu~~

Malam td..saya baru terlintas nak telan SR Vitamin C Shaklee.Sepanjang tempoh sakit ni..habis sume suplemen saya tinggal.Tengok..cuai culas..semua tu saya la.ngeee.


Ini SR Vit C Shaklee.
Saya telan 2 biji sebelum tidur malam td.Waktu nak tidur tu..di sekitar tonsil saya dah mula naik bintik2 putih..dan saiznya semakin membesar.Suara saya pun tenggelam timbul je..ye la..nak bercakap pun tak selesa orang kata.

Alhamdulillah..bangun pagi tadi..saya g nganga depan cermin..tonsil saya dah merah seperti normal..cuma saiznya masih belum kecil lagi.Tapi saya dh boleh menelan sikit berbanding semalam.Syukurrrr...kalau tak semalam,nak telan air liur pun sakit.Sampai saya ambil tisu buat lap air liur yg meleleh..(ok..tak sopan kan..tapi sangat sakit..terpaksaaa...)..After lunch tadi pun saya telan lagi 2 biji SR Vit C dengan harapan tonsil saya semakin pulih.Aaamiin.


Selain SR Vit C..saya juga ambil B Complex Shaklee sebagai pembekal tenaga untuk saya.Kalau tak..sejak selasa..rabu..khamis..jumaat..memang saya melepek (tahu melepek tu apa??bukan melepak ye..hehe) je kat atas tilam.Bosan duk dalam bilik..saya melepek kt toto d ruang tamu.Badan rasa mcm nak tercabut semua sendi..letih tak reti nak explain.Anda semua kene tahu ye..selain demam,sakit kepala dan sukar bernafas..bengkak tonsil juga menyebabkan seseorang individu mengalami rasa letih yg melampau.Sebab tu saya ambil B Complex Shaklee sebagai alternatif untuk saya kekal ada tenaga.


Selain ambil SR Vit C dan B Complex..saya juga ambil madu..Saya guna jenama Ar-Rumman.Saya beli daripada ustazah di sekolah saya.Jadi..siapa cakap pengamal Shaklee menolak makanan sunnah???:)

Jadi dengan segala usaha yg saya sedang lakukan ini..saya sangat berharap saya akan sembuh seperti sedia kala.Saya tahu..suami saya sedih..saya takleh nak kacau2 dia mcm biasa.Saya takleh buat bising membebel atau menyanyi dengan gembira.hehe...mcm hiperbola pulak rasa perenggan ni.hahaha.

Saya rasa saya patut berhenti sekarang.Nanti ada kelapangan saya kembali lagi.OOhhh..ya..sesiapa berminat nak memiliki barangan Shaklee boleh cepat2 hubungi saya..inshaAllah saya sedia membantu anda.Doakan saya kembali sihat. :)

Salam sayang,
Puan Masz :)
#shakleepahang


Thursday, March 12, 2015

Sentuhan Kasih Allah..Belaian Cinta Ilahi (Rukhsah Solat Ketika Sakit)

Assalamualaikum.

Dua hari diuji Allah dengan sentuhan kasih sayang..Dia kirimkan rasa sakit mungkin sebagai jalan untuk gugurkan dosa2 kecil yang terpalit..Dia tarik sedikit nikmat selera makan mungkin sebagai peringatan supaya saya sedar bahawa sedang kita makan yang enak2..ada di sana saudara seagama kita sedang menahan lapar menanggung derita tiada makan.Alhamdulillah..saya terima segala ujian Allah ini dan saya mengandaikannya sebagai sentuhan sayang belaian kasih dari yang Esa.

Dua hari tidak puas bernafas.
Saya bukan penghidap asthma.Asalnya tonsil saya membengkak.Saya mula rasa tidak selesa ketika di sekolah (hari Selasa).Saya jaga pelajar2 exam ketika itu..dan saya hampir terlelap dengan keadaan badan yang sangat tidak selesa.Sakit kepala pun menjengah masa tu..sampai saya nampak pemandangan sekeliling berbalam-balam.

Saya tanya kepada pelajar-pelajar kelas berkenaan sama ada sesiapa yg ada membawa minyak angin,saya nak mintak sedikit. (see..sangat terdesak bukan??)Dan mujur ada sorang pelajar ni bawak minyak angin.Saya pakai minyak tu kt leher..sapu kt dahi..sebab rs mcm nak pitam pun ada..rasa lenguh letih satu badan..taktau kenapa.Ada sorang pelajar di bahagian belakang ni tanya saya..."Cikgu...cikgu sakit ke?cikgu demam ke?"..dan mcm biasa la..cikgu kan macam ibu..pandai 'membohong'.Sambil senyum..saya cakap..takde lah..saya ok je. :)

Akhirnya tiba juga waktu yg dinantikan.Waktu balik sekolah.Sesampai je di rumah...tanpa tukar baju.saya terus menuju tilam.Apa lagi...pengsannn...ZZzzzz....

Sedar-sedar..dah asar.Astaghfirullah..zohor saya dah terbabas.Saya gagahkan diri bangun,mandi dan sembahyang.Dan...bermulalah saatnya saya menggunakan RUKHSAH SOLAT yg kita belajar selama ni di sekolah dan tentunya diajar oleh tok guru saya sendiri iaitu Abah.

Ada beberapa perbezaan rukhsah solat ketika sakit dan bermusafir.Perhatikan gambar di bawah. :)



Dua elemen utama yang membezakan rukhsah solat ketika sakit dan bermusafir adalah keadaan solat dan tempoh pelaksanaan.Dan saya hanya menggunakan rukhsah solat ketika sakit ni utk waktu Asar dan qada Zohor pada hari pertama sakit sahaja.Sebab waktu Maghrib dan Isyak malam tu saya cuba gagahkan diri bangun.

Ye..sangat sakit tatkala kepala yg berat dan berdenyut ni tunduk rukuk dan sujud.Bergegar rasa kepala.Siap pakej..usai solat Asar petang tu..tanpa sempat doa saya menuju ke tandas untuk keluarkan segala isi perut yg ada.Termuntah sampai senak perut. :(


Ini pula adalah cara solat bagi pesakit.Saya solat duduk.Solat sambil baring belum pernah lagi.Tengok..betapa Islam memudahkan umatnya.

Agaknya..kenapa ye ada rukhsah solat ketika sakit ni?Anda tahu ke apa hikmah rukhsah solat ketika sakit ni?Jom tengok gambarajah di bawah.
:)


Ini adalah beberapa hikmah rukhsah solat ketika sakit.
Sesungguhnya..Islam itu agama yang mudah..dan kita dapat menunaikan kewajipan kita terhadap Pencipta walau dalam sebarang keadaan sekalipun.


Okay...cuba tengok gambar atas ni pulak.Buat hati saya tersentap.Saya diuji sakit untuk dua hari je..itu pun saya terbabas solat Zohor  (sesal).Saya sempurna anggota badan..namun saya tidak gagah seperti saudara kita kt atas ni untuk bersujud kepada Pencipta.Semoga selepas ini kita semua (pesanan lebih kepada diri sendiri ni) lebih menjaga solat kita..walaupun kita dalam keadaan sakit atau keadaan yg darurat sekalipun.

Sehingga saat jari jemari saya memukul keyboard di petang Khamis ni...saya masih lagi kurang sihat.Saya masih lagi ada masalah untuk menelan makanan..dan suara saya pun tidak dapat dilontarkan dengan jelas sangat.Mujur la esok hari terakhir persekolahan..sekurangnya seminggu cuti sekolah ni saya dapat pulihkan tekak saya ni..dan saya harap rasa letih lesu ni akan berkurang sekaligus hilang dengan bantuan pelengkap2 nutrisi yg saya amalkan...dan tak lupa..tentunya dengan izin Allah swt.Aamiin.

Saya rasa saya berhenti di sini dulu..saya nak masuk ke "Cafe Medina"..sediakan hidangan bubur nasi..buat alas perut..sebab perut dah berkeriuk keriuk dah berbunyi ni.Sehingga kita jumpa lagi di penulisan akan dtg..Assalamualaikum.

Salam sayang,
Puan Masz

Thursday, March 5, 2015

Bila Saya Mula Ambil Kisah Tentang Kesihatan??

Assalamualaikum.

Salam Jumaat penuh barakah.Apa khabar anda semua hari ini?Saya masih di sekolah..hari ni kita mintak tolong boyfriend kita hantar ke sekolah.hehehe..Lepas semayang Jumaat baru dia datang ambil..jadi meh kite menulis sekejap. :)

Minggu ni saya bekerja seminggu 7 hari okey.Memang letih..tapi inshaAllah kita cuba atasi keletihan melampau ni dengan memastikan nutrisi yang masuk ke dalam badan kita adalah yang betul2 bagus dan mencukupi.

Bercakap tentang nutrisi..saya mula mengambil berat berkaitan kesihatan setelah saya kahwin (2,3 tahun kebelakangan ini..saya kahwin pun belum genap 3 tahun lagi).Nak tau kenapa?

Kami berkahwin pada 1 September 2012.Ini bermakna..usia perkahwinan kami adalah lebih kurang 2 tahun 6 bulan..sepanjang tempoh tersebut pelbagai suka duka yg kami lalui.Lebih2 lagi apabila ada sesetengah pihak yang sangat2 teringin agaknya melihat kami memiliki zuriat sendiri.Kami sangat2 berterima kasih kepada pihak yang sentiasa mengambil berat tentang kehidupan kami,Ternyata..kami ni sangat penting dalam kehidupan kalian walaupun kita bukan keluarga.


Majlis akad nikah 1 September 2012.Alhamdulillah...kami selamat dinikahkan oleh abah Haji Ariffin Ibrahim :)


Yang ni malam akad nikah...2 tahun 6 bulan yang lepas :)

2tahun 6bulan adalah tempoh yang penuh dengan soalan-soalan yang "best".Sehinggalah tahun lepas kami pergi menjalani check up di sebuah klinik pakar swasta di Muar.Dan sudah terjawab beberapa soalan.Tapi..kami terima segalanya dengan hati terbuka dan menganggapnya adalah sentuhan kasih Allah untuk kami.

Sebelum berkahwin pun period saya tidak stabil.
Dan saya tak pernah ambil peduli tentang semua tu..seperti saya tulis di atas tu,saya hanya mula ambil kisah tentang kesihatan saya setelah saya berkahwin.(Anda yang belum berkahwin..tolong jangan ulang kesilapan yang sama seperti saya)

Doktor sahkan ovum saya kecil dan tidak aktif.Dan sebab itu jugalah period saya tak stabil.
Doktor berikan saya clomid untuk satu cycle.Saya on clomid..tapi dalam hati ketika itu..saya berniat..ini first and last saya ambil clomid..lepas ni taknak dah.Clomid betul2 buat saya jadi letih..saya ni jarang terkesan dengan ubat.Tapi dengan clomid saya kalah. :(

Setelah ambil clomid..kami kembali ke klinik pakar berkenaan.Doktor menjalankan ujian TVS dan mendapati ovum saya dah besar berbanding sebelum ini.Syukur Alhamdulillah.Saya masih simpan sehingga hari ini "gambar" scan ovum yg doktor beri.Orang lain simpan gambar scan anak dalam kandungan..saya simpan gambar ovum je la dulu.hewhewhew.

Doktor nasihatkan saya jaga pemakanan..dan saya mesti kurangkan sedikit berat badan saya sebab rangka saya sangat kecil sebenarnya untuk menampung berat badan sekarang.Sesiapa yang mengenali saya sebelum ni..mereka dapat lihat perbezaan ketara pada diri saya.Dulu..sangat kurus okehhhhhhh..hehe.Ok doktor,saya ikut nasihat doktor.

Alhamdulillah...3bulan mengamalkan GLA Complex Shaklee..saya sudah dapat kitaran period yg stabil..sehingga hari ini.Alhamdulillah...berkaitan berat badan pula..saya masih berusaha.Saya ambil ESP Shaklee dan Cinch Shake Shaklee.Tapi...ada tapinya tu..saya tak berdisiplin..jadi kesannya lambat.

Bulan ni saya nekad akan lebih berdisiplin dan teratur dalam menjaga pemakanan.
ESP Shaklee takleh skip..kenapa bukan Cinch Shake Shaklee bulan ni??Sebab ESP Shaklee tengah promosi hebat bulan ni..so,mari kita beli buat stok,..jangan tak tau..ESP Shaklee juga boleh membantu dalam pembentukan sel ovum yang sihat..mana taknya ESP Shaklee ni kan sumber protein hebat.Sumber protein hebat untuk pembentukan sel yang hebat. :)


ESP Shaklee yang sedang meletop bulan ni.
Harga: RM150
(beli dengan harga lebih murah pada bulan ini)

Nanti saya sambung lagi kisah kami pasangan suami isteri TTC (trying to conceive) ye.Sebab orang dah nak balik Jumaat ni.Kang nanti suami sampai..saya tak siap berkemas lagi.Sehingga jumpa lagi di next entri.Assalamualaikum!! :)

Salam sayang,
Puan Masz


Sunday, March 1, 2015

Promosi Shaklee Mac 2015

Assalamualaikum.

Lama sungguh menyepi blog ni..sejak perisian "Blogger" kat fon saya rosak.Terus lama tak update blog..(alasannnnn lagi..dushh).

Alhamdulillah..sedar tak sedar dah masuk Mac 2015.
Cepatnya masa berlalu.Dah 1/4 tahun dah di tahun baru.Jadi apa khabar anda semua?? :)

Baiklah..post kali ni saya nak kongsikan kepada anda apa yang menarik sepanjang Mac ini.
Promosi hebat kembar tiga pada bulan ini adalah....


Energizing Soy Protein (ESP)
Beli 6 Percuma 1
Beli 2 diskaun sehingga 5%

ESP ni produk laku hebat di Shaklee.Nanti saya buat satu entry khas untuk ESP Shaklee.Memang banyak sangat manfaat ESP Shaklee ni.Jom miliki ESP Shaklee anda hari ini.Jangan lepaskan peluang keemasan ini tau. :)





Vitalea for Children
Beli 3 Percuma 1

Multivitamin yang sangat bagus untuk kanak-kanak setahun ke atas.Mempunyai rasa masam2 manis seakan2 gula2..akan mebantu anak2 anda mendapat khasiat dan kelengkapan nutrisi secukupnya.

Zink Complex
Beli 3 Percuma 1

Zink Complex Shaklee adalah antara vitamin Shaklee yang paling murah dan tersangat terlebih mampu untuk dimiliki.Saya akan buat satu entry khas untuk menceritakan tentang kebaikan produk2 ini.:)


Sekian..mata dah berat sebab dah tengahari.Nanti kita sambung lagi,
Bubbye.:)


Salam sayang,
Puan Masz
013-4640064