Dua hari diuji Allah dengan sentuhan kasih sayang..Dia kirimkan rasa sakit mungkin sebagai jalan untuk gugurkan dosa2 kecil yang terpalit..Dia tarik sedikit nikmat selera makan mungkin sebagai peringatan supaya saya sedar bahawa sedang kita makan yang enak2..ada di sana saudara seagama kita sedang menahan lapar menanggung derita tiada makan.Alhamdulillah..saya terima segala ujian Allah ini dan saya mengandaikannya sebagai sentuhan sayang belaian kasih dari yang Esa.
Dua hari tidak puas bernafas.
Saya bukan penghidap asthma.Asalnya tonsil saya membengkak.Saya mula rasa tidak selesa ketika di sekolah (hari Selasa).Saya jaga pelajar2 exam ketika itu..dan saya hampir terlelap dengan keadaan badan yang sangat tidak selesa.Sakit kepala pun menjengah masa tu..sampai saya nampak pemandangan sekeliling berbalam-balam.
Saya tanya kepada pelajar-pelajar kelas berkenaan sama ada sesiapa yg ada membawa minyak angin,saya nak mintak sedikit. (see..sangat terdesak bukan??)Dan mujur ada sorang pelajar ni bawak minyak angin.Saya pakai minyak tu kt leher..sapu kt dahi..sebab rs mcm nak pitam pun ada..rasa lenguh letih satu badan..taktau kenapa.Ada sorang pelajar di bahagian belakang ni tanya saya..."Cikgu...cikgu sakit ke?cikgu demam ke?"..dan mcm biasa la..cikgu kan macam ibu..pandai 'membohong'.Sambil senyum..saya cakap..takde lah..saya ok je. :)
Akhirnya tiba juga waktu yg dinantikan.Waktu balik sekolah.Sesampai je di rumah...tanpa tukar baju.saya terus menuju tilam.Apa lagi...pengsannn...ZZzzzz....
Sedar-sedar..dah asar.Astaghfirullah..zohor saya dah terbabas.Saya gagahkan diri bangun,mandi dan sembahyang.Dan...bermulalah saatnya saya menggunakan RUKHSAH SOLAT yg kita belajar selama ni di sekolah dan tentunya diajar oleh tok guru saya sendiri iaitu Abah.
Ada beberapa perbezaan rukhsah solat ketika sakit dan bermusafir.Perhatikan gambar di bawah. :)
Dua elemen utama yang membezakan rukhsah solat ketika sakit dan bermusafir adalah keadaan solat dan tempoh pelaksanaan.Dan saya hanya menggunakan rukhsah solat ketika sakit ni utk waktu Asar dan qada Zohor pada hari pertama sakit sahaja.Sebab waktu Maghrib dan Isyak malam tu saya cuba gagahkan diri bangun.
Ye..sangat sakit tatkala kepala yg berat dan berdenyut ni tunduk rukuk dan sujud.Bergegar rasa kepala.Siap pakej..usai solat Asar petang tu..tanpa sempat doa saya menuju ke tandas untuk keluarkan segala isi perut yg ada.Termuntah sampai senak perut. :(
Ini pula adalah cara solat bagi pesakit.Saya solat duduk.Solat sambil baring belum pernah lagi.Tengok..betapa Islam memudahkan umatnya.
Agaknya..kenapa ye ada rukhsah solat ketika sakit ni?Anda tahu ke apa hikmah rukhsah solat ketika sakit ni?Jom tengok gambarajah di bawah.
:)
Ini adalah beberapa hikmah rukhsah solat ketika sakit.
Sesungguhnya..Islam itu agama yang mudah..dan kita dapat menunaikan kewajipan kita terhadap Pencipta walau dalam sebarang keadaan sekalipun.
Okay...cuba tengok gambar atas ni pulak.Buat hati saya tersentap.Saya diuji sakit untuk dua hari je..itu pun saya terbabas solat Zohor (sesal).Saya sempurna anggota badan..namun saya tidak gagah seperti saudara kita kt atas ni untuk bersujud kepada Pencipta.Semoga selepas ini kita semua (pesanan lebih kepada diri sendiri ni) lebih menjaga solat kita..walaupun kita dalam keadaan sakit atau keadaan yg darurat sekalipun.
Sehingga saat jari jemari saya memukul keyboard di petang Khamis ni...saya masih lagi kurang sihat.Saya masih lagi ada masalah untuk menelan makanan..dan suara saya pun tidak dapat dilontarkan dengan jelas sangat.Mujur la esok hari terakhir persekolahan..sekurangnya seminggu cuti sekolah ni saya dapat pulihkan tekak saya ni..dan saya harap rasa letih lesu ni akan berkurang sekaligus hilang dengan bantuan pelengkap2 nutrisi yg saya amalkan...dan tak lupa..tentunya dengan izin Allah swt.Aamiin.
Saya rasa saya berhenti di sini dulu..saya nak masuk ke "Cafe Medina"..sediakan hidangan bubur nasi..buat alas perut..sebab perut dah berkeriuk keriuk dah berbunyi ni.Sehingga kita jumpa lagi di penulisan akan dtg..Assalamualaikum.
Salam sayang,
Puan Masz
No comments:
Post a Comment