Sabtu pertama cuti sekolah penggal pertama sesi 2015.Kami masih di Maran Pahang.Belum berkesempatan pulang ke kampung kerana ada beberapa perkara lagi masih belum selesai.Tambahan pula keadaan kesihatan saya yang masih belum pulih sepenuhnya.
Hari ni dah masuk hari ke 5 saya mengalami bengkak tonsil + selesema + demam + sakit kepala dan letih lesu.Waktu untuk tidur malam adalah saat yang agak menyeksakan bagi saya 2,3 hari kebelakangan ni.Saya takleh panas..sebab jika saya berada dalam keadaan panas..tonsil saya akan membengkak dengan jayanya.Jadi..kami decide untuk tidur dalam aircond..TAPI pulak..jika terlalu sejuk..keadaan saya yg selesema dan hidung tersumbat membuatkan saya sukar untuk bernafas.
Alhamdulillah malam td saya berjaya tidur dengan sedikit lena berbanding malam2 sebelumnya.Sebelum lelap sempat bergurau dengan suami..kalau tidur saya malam ni adalah tidur untuk selama-lamanya..saya harap dia gembira selama dia jadi suami saya.Hehe..emosi kan..semuanya sebab rasa tak selesa bernafas..lagipun mana la tau kan itu malam terakhir saya..ajal maut kita tak tau bila dan di mana.
Saya tak perasan jam berapa malam td..suami kejutkan saya..terpinga-pinga saya dibuatnya.Saya tanya kenapa..dia jawab saya "berdengkur" kuat sangat..mungkin "dengkuran" saya menakutkan dia.Memang..bila tonsil kita membengkak..saluran pernafasan kita akan terkesan.Contohnya..apabila bernafas..nafas kita akan berbunyi lebih kuat berbanding biasa.Itu belum lagi keadaan semalam di mana saya meludah utk hilangkan rasa lega buang kahak..tp yg keluarnya darah.Ye..bila tonsil terlalu bengkak ia boleh menyebabkan luka. Lebih teruk lagi kesan bengkak tonsil ni adalah apabila nafas kita akan berbau dek kerana pembengkakan saluran pernafasan yang berlaku.
HARI KE-5 DAN BAGAIMANA KEADAAN SAYA HARI INI
================================================
Untuk hari ini..setakat jam ini..saya panjatkan syukur kepada Allah kerana beri saya tenaga dan nikmat sihat walaupun tekak dan batuk saya masih belum pulih sepenuhnya.:)
Saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang apa yg saya lakukan malam td sebelum tidur sehingga saya boleh tersenyum di saat ini walaupun masih dalam keadaan perit.Sebelum itu,saya taknak anda semua taksub dengan apa yg saya akan kongsikan ini.Sebab...segalanya berlaku atas kuasa Allah.
Saya bukan penggemar ubat klinik/hospital.
Baru je pagi tadi saya menangis bila suami paksa saya ke klinik sebab tak tahan tengok keadaan saya menahan sakit dada ketika batuk.Ye..saya memang takut klinik/hospital/ubat-ubatan.Huhuhu~~
Malam td..saya baru terlintas nak telan SR Vitamin C Shaklee.Sepanjang tempoh sakit ni..habis sume suplemen saya tinggal.Tengok..cuai culas..semua tu saya la.ngeee.
Ini SR Vit C Shaklee.
Saya telan 2 biji sebelum tidur malam td.Waktu nak tidur tu..di sekitar tonsil saya dah mula naik bintik2 putih..dan saiznya semakin membesar.Suara saya pun tenggelam timbul je..ye la..nak bercakap pun tak selesa orang kata.
Alhamdulillah..bangun pagi tadi..saya g nganga depan cermin..tonsil saya dah merah seperti normal..cuma saiznya masih belum kecil lagi.Tapi saya dh boleh menelan sikit berbanding semalam.Syukurrrr...kalau tak semalam,nak telan air liur pun sakit.Sampai saya ambil tisu buat lap air liur yg meleleh..(ok..tak sopan kan..tapi sangat sakit..terpaksaaa...)..After lunch tadi pun saya telan lagi 2 biji SR Vit C dengan harapan tonsil saya semakin pulih.Aaamiin.
Selain SR Vit C..saya juga ambil B Complex Shaklee sebagai pembekal tenaga untuk saya.Kalau tak..sejak selasa..rabu..khamis..jumaat..memang saya melepek (tahu melepek tu apa??bukan melepak ye..hehe) je kat atas tilam.Bosan duk dalam bilik..saya melepek kt toto d ruang tamu.Badan rasa mcm nak tercabut semua sendi..letih tak reti nak explain.Anda semua kene tahu ye..selain demam,sakit kepala dan sukar bernafas..bengkak tonsil juga menyebabkan seseorang individu mengalami rasa letih yg melampau.Sebab tu saya ambil B Complex Shaklee sebagai alternatif untuk saya kekal ada tenaga.
Selain ambil SR Vit C dan B Complex..saya juga ambil madu..Saya guna jenama Ar-Rumman.Saya beli daripada ustazah di sekolah saya.Jadi..siapa cakap pengamal Shaklee menolak makanan sunnah???:)
Jadi dengan segala usaha yg saya sedang lakukan ini..saya sangat berharap saya akan sembuh seperti sedia kala.Saya tahu..suami saya sedih..saya takleh nak kacau2 dia mcm biasa.Saya takleh buat bising membebel atau menyanyi dengan gembira.hehe...mcm hiperbola pulak rasa perenggan ni.hahaha.
Saya rasa saya patut berhenti sekarang.Nanti ada kelapangan saya kembali lagi.OOhhh..ya..sesiapa berminat nak memiliki barangan Shaklee boleh cepat2 hubungi saya..inshaAllah saya sedia membantu anda.Doakan saya kembali sihat. :)
Salam sayang,
Puan Masz :)
#shakleepahang
No comments:
Post a Comment