PERHATIAN

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman blog saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.

Thursday, March 5, 2015

Bila Saya Mula Ambil Kisah Tentang Kesihatan??

Assalamualaikum.

Salam Jumaat penuh barakah.Apa khabar anda semua hari ini?Saya masih di sekolah..hari ni kita mintak tolong boyfriend kita hantar ke sekolah.hehehe..Lepas semayang Jumaat baru dia datang ambil..jadi meh kite menulis sekejap. :)

Minggu ni saya bekerja seminggu 7 hari okey.Memang letih..tapi inshaAllah kita cuba atasi keletihan melampau ni dengan memastikan nutrisi yang masuk ke dalam badan kita adalah yang betul2 bagus dan mencukupi.

Bercakap tentang nutrisi..saya mula mengambil berat berkaitan kesihatan setelah saya kahwin (2,3 tahun kebelakangan ini..saya kahwin pun belum genap 3 tahun lagi).Nak tau kenapa?

Kami berkahwin pada 1 September 2012.Ini bermakna..usia perkahwinan kami adalah lebih kurang 2 tahun 6 bulan..sepanjang tempoh tersebut pelbagai suka duka yg kami lalui.Lebih2 lagi apabila ada sesetengah pihak yang sangat2 teringin agaknya melihat kami memiliki zuriat sendiri.Kami sangat2 berterima kasih kepada pihak yang sentiasa mengambil berat tentang kehidupan kami,Ternyata..kami ni sangat penting dalam kehidupan kalian walaupun kita bukan keluarga.


Majlis akad nikah 1 September 2012.Alhamdulillah...kami selamat dinikahkan oleh abah Haji Ariffin Ibrahim :)


Yang ni malam akad nikah...2 tahun 6 bulan yang lepas :)

2tahun 6bulan adalah tempoh yang penuh dengan soalan-soalan yang "best".Sehinggalah tahun lepas kami pergi menjalani check up di sebuah klinik pakar swasta di Muar.Dan sudah terjawab beberapa soalan.Tapi..kami terima segalanya dengan hati terbuka dan menganggapnya adalah sentuhan kasih Allah untuk kami.

Sebelum berkahwin pun period saya tidak stabil.
Dan saya tak pernah ambil peduli tentang semua tu..seperti saya tulis di atas tu,saya hanya mula ambil kisah tentang kesihatan saya setelah saya berkahwin.(Anda yang belum berkahwin..tolong jangan ulang kesilapan yang sama seperti saya)

Doktor sahkan ovum saya kecil dan tidak aktif.Dan sebab itu jugalah period saya tak stabil.
Doktor berikan saya clomid untuk satu cycle.Saya on clomid..tapi dalam hati ketika itu..saya berniat..ini first and last saya ambil clomid..lepas ni taknak dah.Clomid betul2 buat saya jadi letih..saya ni jarang terkesan dengan ubat.Tapi dengan clomid saya kalah. :(

Setelah ambil clomid..kami kembali ke klinik pakar berkenaan.Doktor menjalankan ujian TVS dan mendapati ovum saya dah besar berbanding sebelum ini.Syukur Alhamdulillah.Saya masih simpan sehingga hari ini "gambar" scan ovum yg doktor beri.Orang lain simpan gambar scan anak dalam kandungan..saya simpan gambar ovum je la dulu.hewhewhew.

Doktor nasihatkan saya jaga pemakanan..dan saya mesti kurangkan sedikit berat badan saya sebab rangka saya sangat kecil sebenarnya untuk menampung berat badan sekarang.Sesiapa yang mengenali saya sebelum ni..mereka dapat lihat perbezaan ketara pada diri saya.Dulu..sangat kurus okehhhhhhh..hehe.Ok doktor,saya ikut nasihat doktor.

Alhamdulillah...3bulan mengamalkan GLA Complex Shaklee..saya sudah dapat kitaran period yg stabil..sehingga hari ini.Alhamdulillah...berkaitan berat badan pula..saya masih berusaha.Saya ambil ESP Shaklee dan Cinch Shake Shaklee.Tapi...ada tapinya tu..saya tak berdisiplin..jadi kesannya lambat.

Bulan ni saya nekad akan lebih berdisiplin dan teratur dalam menjaga pemakanan.
ESP Shaklee takleh skip..kenapa bukan Cinch Shake Shaklee bulan ni??Sebab ESP Shaklee tengah promosi hebat bulan ni..so,mari kita beli buat stok,..jangan tak tau..ESP Shaklee juga boleh membantu dalam pembentukan sel ovum yang sihat..mana taknya ESP Shaklee ni kan sumber protein hebat.Sumber protein hebat untuk pembentukan sel yang hebat. :)


ESP Shaklee yang sedang meletop bulan ni.
Harga: RM150
(beli dengan harga lebih murah pada bulan ini)

Nanti saya sambung lagi kisah kami pasangan suami isteri TTC (trying to conceive) ye.Sebab orang dah nak balik Jumaat ni.Kang nanti suami sampai..saya tak siap berkemas lagi.Sehingga jumpa lagi di next entri.Assalamualaikum!! :)

Salam sayang,
Puan Masz


No comments:

Post a Comment