PERHATIAN

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman blog saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.

Friday, December 19, 2014

10 Jenis Gula Di Dalam Makanan dan Minuman

Assalamualaikum.

Sebelum tidur..saya lunaskan dulu janji untuk kongsikan tentang jenis-jenis gula dalam makanan dan minuman.



Gula merupakan bahan penambah rasa yang akan memberi kesan ketagih,iaitu hanya membekalkan kalori sahaja TANPA MEMPUNYAI ZAT YANG BERFAEDAH.Terdapat pelbagai jenis gula dalam pasaran,tapi hanya gula tebu yang paling popular.

Malam ini saya kongsikan dengan anda 10 jenis gula yang biasa ada dalam makanan dan minuman kita setiap hari.

1.GULA PERANG
-gula perang adalah sama dengan gula putih kecuali ia tidak dicuci dalam pemprosesannya.Ini menyebabkan tekstur dan rasanya berbeza.


2.GULA KETUL
-gula ketul adalah ketulan yang dibuat daripada gula dan sirap gula.Gula ketulan biasanya diguna untuk ditambah ke dalam minuman panas dan gula tersebut akan cair seperti sirap dan karamel.

3.GULA BERPERISA
-ia merupakan gula biasa tetapi ditambah dengan vanila untuk menambah rasanya.Gula ini digunakan untuk menambah rasa vanila kepada pelbagai makanan dan minuman manis

4.GULA PERHIASAN
-ia merupakan gula putih biasa tetapi disembur dengan pewarna makanan supaya kelihatan lebih cantik di atas biskut dan kek


5.SIRAP BARLI MALT
-dibuat dari barli yang direndam.Selepas itu ia akan dikeringkan dan dimasak sehingga menjadi sirap.Sirap barli malt itu berperisa seperti molasses dan ia tidak semanis gula dan madu.Gula ini mempunyai peratus maltosa yang tinggi,di mana ia biasa diguna dalam pembuatan arak dan roti.

6.FRUKTOSA
-ia merupakan gula ringkas yang dijumpai di dalam madu dan buah-buahan.Ia jauh lebih manis dari sukrosa.Satu sudu fruktosa mengandungi kalori yang sama dengan satu sudu gula pasir,tetapi fruktosa mempunyai dua kali ganda rasa manis.Kebanyakan pesakit kencing manis menggunakannya kerana ia menyerap lebih perlahan dari gula pasir.

7.MADU
-tidak sama dengan sirap lain.Madu adalah gula tulen dan bahan semula jadi yang tiada bahan tambahan tetapi ianya sama seperti sirap.ia boleh digunakan untuk memasak dan menambah rasa dalam makanan seperti sirap lain.Rasa madu boleh dipengaruhi oleh jenis bunga yang ditoreh oleh lebah-lebah itu.Madu mengandungi sukrosa dan fruktosa yang sama.Ia adalah 25% hingga 50% lebih manis daripada gula.


8. GULA MAPLE
-sirap maple kering.Digunakan untuk bijiran sarapan pagi,roti,yogurt,puding dan aiskrim.

9.GULA BATU
-sejenis gula keras ringkas yang dihasilkan dr proses penyejatan yang perlahan oleh sirap gula pekat sehingga ia berhablur menjadi ketulan

10.SUKROSA
-gula biasa yang diestrak dari tebu


Banyak jenis gula kan yang ada..tapi kita nak ambil gula ni biarlah berpada-pada.
Jangan kerana gula anggota badan kita hilang.

Apa-apa pun...pastikan nutrisi makanan kita lengkap setiap hari.Ambil suplemen untuk mengawal paras gula dalam darah untuk kesihatan optimum.Suplemen apa?Tentunya Shaklee pilihan kita yang bijak. :)

Sumber:Harian Metro 19/12/2014

Salam <3
Puan Masz

No comments:

Post a Comment