Terpanggil malam ni untuk menulis tentang keperluan mengambil suplemen.Ada individu pernah bertanya saya kenapa perlu ambil suplemen sedangkan dia sihat,takde penyakit.Aiyoh......mari sini cikgu terangkan. :)
APA ITU SUPLEMEN?
SUPLEMEN BUKAN UBAT.Suplemen adalah makanan tambahan atau produk makanan yang mengandungi vitamin,garam galian,asid amino dan herba serta sebarang ekstrak campuran bahan-bahan ini.Jika kita ke farmasi,kita boleh tengok deretan pelbagai jenis suplemen di rak.Pilih sahaja nak yang mana..semuanya bertujuan untuk mengekalkan kesihatan.TAPI...ada la beberapa perbezaan di antara produk suplemen tu..yang tu nanti saya kongsikan di entri lain.
Sekarang...kita perlu ubah minda kita..bahawa mengambil suplemen bukan tujuan untuk mengubati tetapi untuk mengekalkan kesihatan...meningkatkan tahap kesihatan.Dan jika semasa kita mengambil suplemen tersebut,kesihatan kita bertambah baik dan penyakit yang kita alami sembuh..itu adalah kesan positif pengambilan suplemen secara berterusan.Sebab tu penting mengambil suplemen ni.
MENGAPA PERLU AMBIL SUPLEMEN?
1.PENCEMARAN
Pembangunan hari ini secara tak langsung mencemarkan alam sekitar.Kita boleh lihat dengan jelas betapa pokok2 hijau yang menyumbangkan oksigen semakin berkurangan pada hari ini.Dan kita pula hampir setiap saat terdedah kepada pencemaran.Bagaimana kita terdedah kepada pencemaran?
Cukup mudah untuk menjawab persoalan itu.Perhatikan sekeliling anda..ruang kerja anda..kediaman anda..laluan perjalanan pergi dan balik ke tempat kerja anda.Hidup di bandar,menggunakan pengangkutan awam itu perkara biasa.Di situ,kita akan terdedah kepada orang ramai,tahap kebersihan kawasan sekeliling.Lebih buruk lagi jika kita bekerja atau tinggal berdekatan dengan kawasan perkilangan dan sebagainya.
Selain itu,pencemaran di bidang pertanian secara tak langsung telah mencemarkan hasil pertanian yg ada.Itu belum bukak cerita pasal GMO produk lagi.
Sistem imunisasi badan terjejas.Ketika inilah perlunya fungsi suplemen terhadap tubuh kita.
2.STRESS/TEKANAN
Hampir semua di antara kita mengalami tekanan dalam kehidupan.Jika anda seorang pekerja..anda mungkin tertekan dengan kehendak bos anda..tekanan dan bebanan kerja yang tak pernah habis.Malahan jika anda seorang suri rumah sekalipun,tekanan tetap akan mengekori anda.
Jadinya,pengambilan suplemen seperti B-Complex Shaklee sangat penting dalam mengawal emosi dan tekanan yang kita semua hadapi.
3.MAKANAN TIDAK BERKHASIAT
Ini budaya kita hari ini..bukanlah semua..tapi kebanyakannya.Ubat stress adalah makan.Makan...makan..makan..makan..dan makan..lagi makan..dan lagi.Betul tak?
Makanan yang tidak berkhasiat adalah punca ke arah penyakit yang tidak diingini.Jadinya penting suplemen seperti Omega Guard Shaklee, Lecithin Shaklee, Herblax Shaklee untuk mengawal tahap kolesterol serta menyingkirkan lemak2 jahat yang tak diperlukan oleh badan kita.
4.PENGAMBILAN UBAT YANG BERLEBIHAN
Tahukah anda bahawa pengambilan ubat-ubatan yang berlebihan boleh memberi kesan buruk kepada sistem tubuh badan terutamanya fungsi ginjal/buah pinggang?Habis tu...suplemen ni bukan ubat???Ehhhhh.....tadi kan dah cakap..SUPLEMEN bukan ubat.
Sumber kebanyakan ubat-ubatan adalah berasaskan dadah dalam kuantiti yang terkawal.Namun begitu..pengambilan secara berterusan dan dalam kuantiti serta jangka masa yang panjang tetap akan memberi kesan kepada sistem tubuh badan.
Pernah tak anda dengar..seorang pesakit kencing manis yang secara berterusan mengambil ubat-ubatan utk mengawal paras gula dalam darah akhirnya disahkan mengalami kegagalan fungsi buah pinggang?Kenapa tidak kita cuba mencegah situasi ini dengan mengambil suplemen tertentu untuk mengawal paras gula dalam darah seperti ESP Shaklee, GLA Complex Shaklee ataupun Vivix Shaklee.
5.CARA MEMASAK MENGHILANGKAN NUTRISI MAKANAN
Ye...masih ada yang tetap dengan pendirian buat apa..kenapa ambil suplemen sedangkan kita boleh dapat khasiat yang sama malah lebih bagus secara terus daripada makanan.Contoh..kan dah makan sayur..hari2 makan sup sayur..tak cukup ke nutrien tu?
Macam ni ye..kita kene faham.Semasa proses memasak sayur tersebut..ketika itu nutrien makanan dah pun hilang disebabkan suhu yang tinggi.Malah nutrien sudah pun hilang sebenarnya ketika proses membasuh sayur lagi.
Sekarang faham kan..kenapa kita semua sangat perlukan suplemen.Bukan tunggu sakit baru nak cari suplemen..masa tu cari ubat dah.
Dah ubah fikiran?Mahu memiliki botol suplemen anda hari ini?Jangan melengah lagi..usah risau tentang harga..inshaAllah saya akan sesuaikan dengan keadaan poket anda :)
Salam <3
Puan Masz
No comments:
Post a Comment