PERHATIAN

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman blog saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.

Friday, December 19, 2014

Resepi Lasagna Melayu / Murtabak Roti Dengan Pemanggang Ajaib

Assalamualaikum.

Baiklah...saya akan kongsikan resepi Lasagna Melayu/Murtabak Roti/Roti Daging Berlapis Keju.
Aiyohhh...feeling blog masakan pulak..hehe..apa2 pun sebelum makan ni sila ambil Phytocol Shaklee dan selepas makan ini..sila ambil Lecithin Shaklee..haaa nampak??Prevention is better than cure. :)

Okey..tanpa membuang masa kita tengok apa bahan2 yang diperlukan untuk menghasilkan lasagna Melayu ni.Memang sedap la dimakan sebagai hidangan minum petang..nak buat breakfast pun boleh.Takde masalah.

Bahan-bahan 

Bahan A

-daging kisar 1 bungkus
(saya guna daging burger je..saya blend kering..bagi hancur..tak perlu hancur sangat takpe)

-bawang besar 1 biji
 (dipotong dadu)

-tomato 2 biji  (dipotong dadu)

-carrot 1 batang (kalau saiz besar guna setengah je...dipotong dadu)

-bawang merah 3 biji (ditumbuk bersama lada hitam)

-serbuk kari (saya buat versi Melayu..kalau nak gantikan dengan sos Prego boleh juga..)

-sweet corn (yang ni takde pun takpe..saya letak sb sweetcorn ada lg dlm freezer..nak senang pakai sayur campur yg dah ready pack tu..lagi mudah..semua ada dlm tu..)

Bahan B

-Roti Gardenia 10 keping
(bergantung kepada saiz loyang/pemanggang ajaib masing2)

-Telur 3 biji (dipukul bersama secawan susu segar..kalau takde..pakai je susu cair..tak berdosa pun)

-keju cheesdale dan cheddar


Inti inti yang akan kita lapiskan pada roti tu nanti.

Cara-cara membuat inti

**macam nak buat inti karipap lebih kurang

-okey...fokus kepada Bahan A di atas..
-tumiskan bawang merah yang ditumbuk bersama lada hitam tadi sampai naik bau
-masukkan bawang besar+tomato yang telah dipotong dadu tadi
-masukkan carrot + sweet corn
-bancuhkan serbuk kari bersama air dan masukkan
-masukkan daging yg dah dikisar/daging kisar td
-tunggu sampai masak..kacau2 la ye tuan/puan..kang hangus pulak
-nak sedap tambah la perisa sikit..saya biasa pakai Cukup Rasa..sikit je letak
-dah masak...ketepikan..sejukkan

Okey...inti dah siap..sekarang tiba masa untuk kita mula melapis roti.
Ambil pemanggang ajaib..letak atas dapur..panaskan sekejap..then tutup api.Sebab kita nak lapiskan ni ambil masa jugak..nanti tengah melapis...dah masak pula lapisan paling bawah..haruuu.hehe

Cara-cara melapis
-ambil roti satu per satu..celup di dalam bancuhan telur dan susu segar tadi
-susun roti di dalam pemanggang ajaib
-siap lapisan roti yang pertama..kita letakkan pula inti yang kita dah sejukkan td..makin banyak inti makin sedap
-di atas lapisan inti..letakkan pula kepingan keju (makin banyak keju pun makin sedap.haha)
-ulang sekali lagi step di atas
-untuk lapisan paling atas nanti..taburkan keju cheddar
-jika ada lagi baki bancuhan telur dan susu tadi..tuang semua di atas roti di dalam pemanggang ajaib
-bakar pada api sederhana dalam 15minit-20 minit..jgn lebih masa..nanti hanguss
-balik2 kan pemanggang masa proses membakar..bukak2 la tengok keadaan roti.kalau dh terhangus..kecikkan sikit api


Ini keadaan roti di dalam pemanggang.Gambar ni selepas saya balik kan 2,3 kali..excited kan..pemanggang berat tu gigih saya balik2kan..exercise tangan katanya.hehe.Tengok..keju cheddar dah cair..semerbak bau...huhu


Tadaa......ini hasil nya..Alhamdulillah dah selamat masuk perut pun.
Dan jangan lupa....sila ambil LECITHIN SHAKLEE selepas makan ni... :)

Okey lah..selamat mencuba ye. :)

**maafkan saya jika cara2 memasak yang saya kongsikan di blog ni memeningkan anda semua.Saya memang bukan pakar dalam menulis resepi..hehe.ini pun sekadar hobi.. :)

Salam <3
Puan Masz


No comments:

Post a Comment