SATAY PENYEBAB KANSER.Dah lama dah tahu...tapi tak amik kisah...teruk betul kan.
Jadi..mari kita lihat bagaimana satay menyebabkan kanser dan cara untuk mengurangkan risiko terhadapnya.
Sebarang daging seperti ayam, lembu, kambing, ikan dan juga kerang yang dibakar sehingga kehitaman akan menghasilkan sejenis bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser. Bahagian hitam yang hangus itulah yang menjadi sumber bahan kimia tersebut. Setelah dimakan, ia akan meresap ke dalam sel badan, merosakkan DNA di dalam sel nukleus dan boleh membawa kepada kanser.
Apabila protein pada daging atau kerang dimasak sehingga hangus kehitaman, sejenis kimia iaitu heterocyclic amines (HCA) terbentuk. Bukan sahaja kaedah memanggang; menggoreng juga boleh menyebabkan daging menghasilkan HCA. HCA boleh merosakkan DNA pada sel dan menyebabkan kanser kolon.
Selain itu, lemak dan minyak yang terhasil daripada daging yang dipanggang akan jatuh ke dalam arang dan menghasilkan api yang tinggi meluap. Tindak balas ini akan menyebabkan Polycyclic aromatic hydrocarbons (PAHs) terbentuk – sejenis bahan karsinogen yang turut menyebabkan kanser. Asap yang dihasilkan daripada api yang meluap mengandungi PAHs dan akan menyelaputi makanan yang dipanggang. PAHs turut terdapat pada kehangusan yang terbentuk di atas daging selepas dipanggang. Risiko kanser perut akan meningkat sekiranya terdedah dengan PAHs.
Jadi..bagaimana untuk kurangkan risiko hal ini?
- Perap daging/kerang dengan lebih lama akan mengurangkan HCA dan PCAs yang terhasil
- Pastikan anda sapu minyak pada grill untuk mengelakkan daging melekat dan hangus
- Pastikan grill sentiasa bersih dan buang segala sisa hangus dan arang untuk mengelakkan bahan kimia yang terdapat padanya tidak berpindah kepada makanan baru yang hendak dimasak
- Potong daging nipis dan kecil agar ia cepat masak supaya kurang terdedah dengan asap berbahaya
- Buang segala lemak yang terdapat pada daging sebelum memanggang untuk mengurangkan minyak yang menghasilkan api yang meluap
- Jangan panggang bersentuhan dengan arang, pastikan jarak grill dengan arang tidak terlalu dekat untuk mengelakkan banyak kehitaman terbentuk
- Terus pindahkan daging yang telah masak dari grill supaya tidak terdedah lama dengan arang
- Makan lebih banyak sayur dan buah (contohnya timun) sebagai antioksida yang melawan kanser
**sayur atau buah yang dibakar seperti jagung bakar tidak akan menghasilkan bahan kimia yang menyebabkan kanser. Oleh itu, pangganglah jagung, tempeh, brokoli dan sayur lain yang semestinya lebih berkhasiat!
Kredit kepada blog Keluargabaru untuk info menarik ini. :)
Apa pun..apa kata kita amalkan suplemen yang antikanser untuk mengurangkan risiko ini.
Suplemen apa?Yang mana?
Apa pun..apa kata kita amalkan suplemen yang antikanser untuk mengurangkan risiko ini.
Suplemen apa?Yang mana?
Sustained Released Vitamin C Shaklee adalah suplemen yg bertindak antikanser.
Jom..miliki botol antikanser anda hari ini.
Harga RM 92.50 (180 biji)
Untuk setengah tahun.
[DAPATKAN HARGA AHLI YANG LEBIH MURAH]
:)
Kesimpulannya...walau apa pun yg kita mahu makan..fikirkan tentang kesannya..boleh nak makan..tapi biarlah berpada-pada.Jangan kerana makanan sedap..kita mengundang penyakit pula. :)
Salam <3
Puan Masz
013-4640064
No comments:
Post a Comment